Sanusi didakwa bawah Akta Hasutan kerana sentuh institusi raja - PM

Anwar (kiri) beramah mesra bersama pengunjung ketika melawat tapak gerai jualan Agro Madani pada Majlis Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di Sekinchan hari ini. - Foto Bernama
Anwar (kiri) beramah mesra bersama pengunjung ketika melawat tapak gerai jualan Agro Madani pada Majlis Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di Sekinchan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SABAK BERNAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan penggunaan Akta Hasutan 1948 bagi mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor kerana ia menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu.

Anwar berkata, pada dasarnya setiap ahli politik perlu mengelakkan daripada mengeluarkan kata-kata berbentuk hasutan terutama membabitkan institusi diraja.

"Kita perlu elak menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, soal kritik PM (Perdana Menteri) saya tidak pernah gunakan (Akta Hasutan).

"Tetapi ini soal kedudukan dan martabat Raja-Raja Melayu yang harus kita pelihara dan kita sanjung dan elak daripada menjadi suatu wacana serta perbahasan politik tidak sihat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di MSekin Wonderland, Sekinchan di sini pada Selasa.

Ditanya penahanan Muhammad Sanusi dibuat pada jam 3 pagi di sebuah hotel di ibu negara, Anwar berkata, proses itu dijalankan oleh pihak polis.

"Saya mendapat maklumat polis pantau, cari dan apabila dapat (menemui Muhammad Sanusi), beliau telah ditahan," jelas beliau.

Muhammad Sanusi dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang pada Selasa kerana menggunakan Akta Hasutan 1948.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu didakwa atas tuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dalam satu ceramah politik pada minggu lalu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah