Erfan sedia sertai konsortium bersama Vida jika menang-menang

Erfan (kiri) dan Vida.
Erfan (kiri) dan Vida.
A
A
A

ERFAN Gym & Fitness sedia menyertai konsortium yang bakal dibentuk bersama usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasniza atau Vida bagi mengambil alih The Red Warriors (TRW) jika bersifat menang-menang.

Pemiliknya, Erfan Akif berkata, bagaimanapun beliau akan melihat daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan berkait perkara tersebut.

"Saya sudah bertemu dengan Datuk Seri Vida semasa perlawanan Kelantan FC bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Jumaat lalu.

"Beliau (Datuk Seri Vida) ada bercakap dengan saya berhubung pembentukan konsortium," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut beliau, hasrat untuk menjadi pemilik penuh Kelantan FC masih menjadi keutamaan buat dirinya.

Ujarnya, semua itu bergantung sepenuhnya kepada rundingan yang masih berjalan ketika ini.

Mengulas mengenai permintaan Norizam Tukiman atau Zamsaham supaya menunjukkan 'bukti dana', Erfan Akif memberitahu belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

Katanya, dia mahu melihat beberapa perkara termasuk soal kewangan pasukan sebelum boleh memutuskan tindakan selanjutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Norizam teruja tawaran RM10 juta daripada Erfan

Norizam tak terdesak jual Kelantan FC

Erfan, Zamsaham tandatangan perjanjian rahsia

Zamsaham tak jual Kelantan FC jika masih dapat sokongan

Tawaran Kelantan FC: Bukan RM10 juta

Vida tidak akan tarik diri, tetap mahu beli Kelantan FC

Belum masa tunjuk bukti dana - Vida

Vida sedia bersaing secara sihat dapatkan Kelantan FC

Bukti serius miliki TRW, Erfan Akif sedia 'pasukan'

Vida turun padang tonton aksi Kelantan, JDT

[VIDEO] Vida sedia 'pasukan' urus Kelantan FC

Erfan Gym & Fitness serius ambil alih Kelantan FC

'Saya bukan scammer' - Erfan

Jual Kelantan FC: 'Bergantung kepada Zamsaham'