Vida sedia bersaing secara sihat dapatkan Kelantan FC

Vida optimis mampu melakukan yang terbaik buat skuad The Red Warriors.
Vida optimis mampu melakukan yang terbaik buat skuad The Red Warriors.
A
A
A

USAHAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman kekal dengan pendiriannya untuk menjadi pemilik Kelantan FC biarpun terpaksa berdepan ahli perniagaan muda, Erfan Akif Ruslan.

Beliau yang lebih dikenali Datuk Seri Vida optimis mampu melakukan yang terbaik buat skuad The Red Warriors (TRW) kerana segala perancangan sudah berada dalam 'kepalanya'.

“Saya tidak berganjak (serius mahu mengambil alih Kelantan FC). Saya tidak akan sesekali menarik diri daripada menjadi pemilik Kelantan FC.

“Apapun bersaing secara sihat dan terserah kepada pemilik Kelantan FC ketika ini untuk memilih siapa yang layak," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum ini, Vida memberitahu sudah mengadakan perbincangan dengan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman di George Town, Pulau Pinang, namun enggan mendedahkan butiran lanjut.

“Perbincangan pertama dengan Norizam sudah berlangsung pada Sabtu lepas. Harga pula masih dalam rundingan,” jelasnya.

Beliau mendedahkan akan melakukan penstrukturan semula terhadap pengurusan pasukan tersebut menerusi perancangan rapi dan pelan jangka tempoh tertentu.

“Perlu bergerak seiring antara kelab utama dan pasukan di peringkat akar umbi.

“Soal duit, perancangan buat pasukan dan bertemu dengan peminat serta para pemain tiada masalah, kita boleh berjumpa,” katanya.

Vida sebelum ini secara rasmi menyatakan hasrat mahu membeli Kelantan FC dalam usaha menyelamatkan pasukan itu yang dibelenggu kemerosotan prestasi.

Bagaimanapun, beliau menerima saingan daripada Erfan yang turut berminat membeli kelab itu walaupun diletakkan harga RM10 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Erfan, Zamsaham tandatangan perjanjian rahsia

Vida tidak akan tarik diri, tetap mahu beli Kelantan FC

Bukti serius miliki TRW, Erfan Akif sedia 'pasukan'

Tawaran Kelantan FC: Bukan RM10 juta