41 disahkan maut pesawat terbakar di Moscow

- Foto Bloomberg.com
- Foto Bloomberg.com
A
A
A

MOSCOW - RUSIA. Jawatankuasa Siasatan Rusia pada Isnin mengesahkan 41 orang terbunuh selepas pesawat penumpang SSJ-100 yang dalam perjalanan ke bandar Murmansk di barat laut Rusia terbakar, sebelum pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo Moscow, lapor agensi berita Xinhua.

"Seramai 41 maut," kata wakil jawatankuasa Jabatan Siasatan Antara Wilayah bagi Pengangkutan Moscow, Elena Markovskaya.

Terdahulu dalam kenyataan awal dikeluarkan jawatankuasa itu menyebut seramai 37 daripada 78 penumpang terselamat.

Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sheremetyevo pada 6 petang waktu tempatan (1500 GMT) Ahad sebelum membuat pendaratan kecemasan 40 minit kemudian.

Siasatan awal mendapati kebakaran mungkin berpunca daripada kilat.- Bernama

Artikel Berkaitan: