Sri Lanka ambil langkah waspada

Anggota unit pemusnah bom Sri Lanka menggunakan anjing pengesan ketika memeriksa sebuah sekolah di Colombo, semalam. - Foto AFP
Anggota unit pemusnah bom Sri Lanka menggunakan anjing pengesan ketika memeriksa sebuah sekolah di Colombo, semalam. - Foto AFP
A
A
A

COLOMBO - SRI LANKA . Pihak berkuasa Sri Lanka mengarahkan ribuan anggota keselamatan menjalankan pemeriksaan rapi di sekolah awam sebelum sesi persekolahan baharu dijadual bermula hari ini.

Hampir 10,900 sekolah di seluruh negara diperiksa bagi memastikan tiada bahan letupan dipasang.

Jurucakap polis, Ruwan Gunasekera berkata, pihak polis dengan kerjasama tentera memeriksa bangunan sekolah dan kawasan sekitarnya demi memastikan kawasan itu selamat.

Operasi pemeriksaan skala besar itu dijalankan ketika kerajaan Sri Lanka mengumumkan mengusir lebih 600 warga asing termasuk 200 pendakwah Muslim.

Menteri Dalam Negeri, Vajira Abeywardena berkata, 200 pendakwah terbabit didapati tinggal melebihi tempoh visa ditetapkan dan kebanyakan daripada mereka berasal dari Bangladesh, India, Maldives dan Pakistan

"Kami meneliti semula sistem visa dan mengambil keputusan memperketatkan larangan visa terhadap guru agama," katanya.

Kerajaan Sri Lanka mengambil pelbagai langkah keselamatan selepas siri serangan mengorbankan lebih 250 nyawa pada 21 April lalu dan setakat ini kira-kira 150 suspek ditahan. - AFP

Artikel Berkaitan: