5 dekad Apek setia ukir batu nisan tulisan jawi

Kuah Leong Chuan
Kuah Leong Chuan
A
A
A

DI Kuala Selangor, sebut sahaja Apek batu nisan, pasti ramai yang mengenali beliau.

Kuah Leong Chuan berusia 68 tahun, ialah seorang pengukir batu nisan granit bertulisan jawi.

Beliau satunya-satu lelaki berketurunan Cina yang menulis jawi di atas batu nisan granit yang ditempah oleh orang Muslim.

Pada awalnya, dia sendiri tidak kenal huruf jawi, tetapi dia mula belajar mengukir pada usia 17 tahun lantaran mewarisi pekerjaan itu daripada bapanya.

Bermula dengan cara memotong batu secara manual sehingga dapat mengukir.

Leong Chuan mengakui pada mulanya beliau sendiri tidak berminat dengan pekerjaan mengukir batu nisan. Tetapi disebabkan tiada peluang pekerjaan lain ketika itu, beliau membantu bapanya mengukir batu nisan.

Sudah lebih 50 tahun beliau bergelumang dengan kerjaya yang jarang-jarang disertai orang Melayu sendiri.
Sudah lebih 50 tahun beliau bergelumang dengan kerjaya yang jarang-jarang disertai orang Melayu sendiri.

Siapa sangka daripada sekadar membantu, kini dia sudah lebih 50 tahun beliau bergelumang dengan kerjaya yang jarang-jarang disertai orang Melayu sendiri.

Bercerita lanjut kata Leong Chuan, pada mulanya, beliau meminta pelanggan menulis di atas kertas nama serta maklumat arwah sebelum dia meniru perlahan-lahan tulisan tersebut.

Lama-kelamaan beliau boleh menulis sendiri tulisan jawi tanpa meniru tulisan pelanggan.

Kebanyakan ukiran batu nisan ditempah oleh orang Muslim dari dalam dan luar Malaysia.

Kebiasaannya batu nisan yang ditempah mengambil masa tiga hingga lima hari untuk disiapkan dan harga bergantung kepada saiz.

Beliau satunya-satu lelaki berketurunan Cina yang menulis jawi di atas batu nisan granit yang ditempah oleh orang Muslim.
Beliau satunya-satu lelaki berketurunan Cina yang menulis jawi di atas batu nisan granit yang ditempah oleh orang Muslim.

Apabila batu nisan sudah siap dibuat, beliau akan meminta maklumat si mati iaitu nama, tarikh lahir dan tarikh meninggal.

Teknik ukiran yang digunakan masih lagi menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan tangan dan tulisan jawi yang diukir pada batu nisan.

Hanya nama si mati sahaja yang ditulis menggunakan rumi dan tulisan lain menggunakan jawi. Beliau mementingkan soal kemahiran untuk menyiapkan batu nisan yang diukir olehnya. Batu granit yang diukirnya menjadi batu nisan, beliau sendiri akan memecahkannya menjadi batu nisan sebelum diukir.

Di Kuala Selangor, sebut sahaja Apek batu nisan, pasti ramai yang mengenali beliau.
Di Kuala Selangor, sebut sahaja Apek batu nisan, pasti ramai yang mengenali beliau.

Dahulunya beliau dan abangnya yang meneruskan usaha ini, tetapi kini hanya tinggal beliau seorang meneruskan warisan keluarga itu.