Tragedi kepala air: Operasi SAR kesan dua lagi mangsa diteruskan

Azman
Azman
A
A
A

KEMAMAN - Operasi hari kelima mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih dekat sini diteruskan pada 9 pagi Khamis.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, operasi itu melibatkan seramai 279 anggota dari pelbagai agensi termasuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) selain turut dibantu orang awam.

Menurutnya, operasi berkenaan diteruskan dengan pencarian diperluaskan ke sektor A dan B.

"Pencarian dibuat di Sektor A (lokasi kejadian) dari Menara Sapura sehingga ke jambatan lama Kampung Teladas melibatkan seluas 6.3 kilometer (km).

"Sektor B pula bermula dari belakang Sekolah Menengah Ayer Putih menghala ke Ladang Jagung di Pos Kawalan Hadapan (PKH) sehingga ke perangkap sampah Sungai Pinang.

"Selain itu Sektor C, pihak bomba telah melengkapkan pencarian di kawasan tersebut tetapi hari ini kita hanya melakukan pemantauan menggunakan bot," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Sebelum ini, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Setakat ini lapan mangsa ditemui lemas termasuk termasuk dua mangsa ditemui pada Ahad iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.

Mengulas lanjut, Azman berkata, pihaknya turut menggunakan khidmat Anjing Pengesan K9 dan unit dron Sektor A dan B.

"Kami akan pecahkan kepada 14 kumpulan terdiri dari 279 anggota.

"Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang pegawai di setiap lokasi pencarian," ujarnya.



ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3