Tragedi kepala air: Jenazah kelapan dituntut waris

Jenazah Allahyarham Putri Alleya Maisarah dituntut waris untuk dibawa pulang ke Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan.
Jenazah Allahyarham Putri Alleya Maisarah dituntut waris untuk dibawa pulang ke Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jenazah mangsa kelapan dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan kira-kira jam 8.10 malam pada Rabu.

Jenazah Putri Alleya Maisarah Karim,16, dibawa pulang dari Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu menggunakan sebuah van jenazah dengan diiringi sebuah kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ibu saudara mangsa, Rosilawati Kassim, 49, berkata, jenazah yang telah siap dikapan dan disolatkan di HSNZ akan dibawa ke Masjid Felda Lepar Hilir 3 sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam felda berkenaan.

"Allahyarham Putri Alleya Maisarah akan dikebumikan berdekatan pusara ibu dan bapa serta lima adik beradiknya yang lain yang telah selamat dikebumikan semalam (Selasa).

"Kita jangka semua urusan pengebumian diselesaikan pada malam ini," katanya ketika ditemui di sini, pada malam Rabu.

Allahyarham Putri Alleya Maisarah ditemukan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat iaitu kira-kira jam 3 petang pada Selasa.

Pada Selasa, jenazah tujuh beranak yang meninggal dunia dalam tragedi kepala air itu telah dihantar pulang untuk disemadikan di Felda Lepar Hilir 3.

Mangsa terlibat adalah Karim Abdullah, 39 dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta lima anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya,10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; Putri Aryana Umaira Karim, 4 dan Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18.

Kesemua mangsa dibawa oleh tujuh van jenazah ihsan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mula bertolak kira-kira jam 6.25 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi kepala air: Mayat ketujuh disahkan Putri Balqis Izzati

Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung cari 3 lagi mangsa

Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa

Tragedi kepala air: Hilang sepupu rapat sekelip mata

'Adik sanggup ikat perut nak kahwin hujung tahun ini'

Tragedi kepala air: Jenazah mangsa dibawa ke Felda Lepar Hilir 3