Tiada kelibat Tiong King Sing di SPRM

Tiong King Sing
Tiong King Sing
A
A
A

PUTRAJAYA - Petugas media yang berkampung di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terpaksa pulang hampa apabila tiada kelibat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kelihatan.

Malah, individu warga China yang dikatakan akan dibawa bersama King Sing untuk hadir ke SPRM juga tidak kelihatan.

Terdahulu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan King Sing dan warga China pada Isnin bagi memberi keterangan berhubung dakwaan salah laku pegawai Imigresen.

King Sing yang juga Ahli Parlimen dilapor hadir bagi menjelaskan dakwaan rasuah di kalangan pegawai Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1).

Beliau sebelum ini mendedahkan wujud amalan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan sebilangan pegawai Imigresen yang bertugas di pintu masuk utama negara itu.

Ia selepas satu rakaman luar mengenai King Sing menceroboh pintu masuk utama negara tanpa memiliki pas keselamatan didakwa cuba membebaskan seorang pelawat China.

Pada Ahad, pihak polis memaklumkan sedang menjalankan siasatan mengikut Kertas Enkuiri Polis (KEP) berkaitan kekecohan di Terminal 1 terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA

Menteri akui kekecohan, dakwa berlaku isu rasuah di KLIA

Imigresen siasat dakwaan insiden kekecohan libat menteri

Ketua Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri buat kecoh di KLIA

Siasat dalang sebar video, berita tidak benar - King Sing

MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong

Budaya rasuah di KLIA: SPRM siasat dakwaan King Sing

Ahli perniagaan lapor polis kes kekecohan libat menteri di KLIA

Lawatan mengejut di KLIA, PM jamin siasatan rapi dilakukan

Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony

Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs

'Saya sedang menunggu laporan penuh' - Saifuddin Nasution