Penjaja asing bakar, jual jagung depan KLCC

Video tular di media sosial memaparkan tindakan berani warga asing menjual makanan di depan KLCC.
Video tular di media sosial memaparkan tindakan berani warga asing menjual makanan di depan KLCC.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah melaksanakan tindakan khas kepada penjaja warga asing tanpa lesen yang tular membakar dan menjual jagung di hadapan pintu masuk Suria KLCC baru-baru ini.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga asing turut dijalankan di sekitar Jalan Ampang (KLCC), Jalan Imbi dan Jalan P.Ramlee pada Sabtu dan Ahad lepas.

Menurutnya, tindakan tersebut selari di bawah akta Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dan Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"Empat tindakan sita atau pindah halangan telah diambil ke atas penjaja bukan warganegara yang menjaja makanan dan minuman serta dua peniaga pakaian terpakai.

Perniagaan baju terpakai yang betoeprasi tanpa lesen turut dikenakan tindakan.
Perniagaan baju terpakai yang betoeprasi tanpa lesen turut dikenakan tindakan.

"Selain itu, satu notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang - Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 – Penjaja Warganegara Tanpa Lesen dan satu notis kompaun Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 bagi kesalahan membuang bahan jualan dan membuat kekotoran di tempat awam turut dikeluarkan, " katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin.

DBKL menyita barangan perniagaan penjaja warga asing yang menjual makanan dihadapan KLCC baru-baru ini.
DBKL menyita barangan perniagaan penjaja warga asing yang menjual makanan dihadapan KLCC baru-baru ini.

Baru-baru ini tular di media sosial video berdurasi lapan saat memaparkan tindakan berani seorang penjaja warga asing menjual makanan dengan membakar jagung yang mengeluarkan asap di hadapan bangunan ikonik tersebut.

DBKL berkata, susulan insiden tersebut, pihaknya telah menempatkan anggota penguat kuasa di lokasi-lokasi yang dikategorikan sebagai lokasi panas bagi aktiviti tersebut.

"Ia bagi mengelak berlakunya aktiviti penjajaan tanpa izin dan memastikan aktiviti seumpama ini dapat dibendung," katanya.