Sewa jet peribadi acah-acah paling kaya?

Tular ketika ini kononnya sekumpulan trader forex naik jet peribadi dan berurus niaga di dalam pesawat.
Tular ketika ini kononnya sekumpulan trader forex naik jet peribadi dan berurus niaga di dalam pesawat.
A
A
A

SUDAH masuk separuh tahun 2023 pun, masih ada lagi orang yang tak berapa nak bijak apabila buat content marketing.

Contohnya seperti yang tular ketika ini, kononnya sekumpulan trader forex naik jet peribadi dan berurus niaga di dalam pesawat.

Ada beberapa adegan yang menjadi perbualan netizen antaranya - paling humble naik jet angkut beg sendiri, tayang duit berkepuk diikat getah dalam beg, dan paling best, bukan hanya seorang tetapi beberapa orang lagi dilihat turut menggunakan jet yang sama. Aduh kantoi.

Ada yang bersangka baik katanya mungkin jet peribadi ada banyak, mungkin juga jet tersebut sememangnya khas disewa untuk tujuan fotografi dan sebagainya.

Ya mungkin juga tetapi Merak Jalanan tertarik pada satu komen yang mengatakan tauke balak sendiri pun malas nak menunjukkan yang dia kaya. Hahaha komen ini win.

Sebenarnya Merak Jalanan sendiri tidak pasti adakah benar golongan ini mereka betul-betul kaya atau sekadar menunjuk-nunjuk kaya semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai.

Jika benar kaya, Merak Jalanan rasa tak perlulah berlagak sampai perlu sewa jet peribadi.

Malu kat Tony Fernandes jer, dia bukan ada satu tapi ada banyak kapal terbang di bawah seliaannya. Tetapi dia tak riak. Kita semenangnya tahu dia kaya apabila dia memang dah kaya. Tak perlu nak trying too hard sangat.

Pun begitu, jika content yang dihasilkan ini semata-mata untuk tujuan tular dan menarik perhatian orang untuk mengecam, ya, cara ini cukup berjaya menarik perhatian ramai orang.

Bad publicity is still a good publicity tetapi Merak Jalanan sangat berharap agar pemasaran jenis ini dapat dihentikan.

Tolonglah jangan sampai nampak membodohkan diri sendiri sangat. Jagalah standard. Orang sekarang dah bijak-bijak. Mereka tak mudah lagi terpengaruh dengan lakonan drama swasta ini lagi.

Netizen akan cari sehingga ke lubang cacing perkara-perkara yang kelihatan tidak kena seperti ini. Sekali orang dah tak percaya, selamanya akan disimpan di dalam hati tau.

Ok la, bercerita mengenai kaedah pengiklanan ini, disebabkan itu jugalah, Merak Jalanan masih lagi percaya pada cara yang lama iaitu melalui akhbar, papan-papan iklan, TV, radio dan jika di media sosial pula bergantung kepada siapa penerbitnya.

Biarlah orang kata Merak Jalanan old school tetapi yang penting, Merak Jalanan tidak mudah terpedaya dan tetap cool.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!