Pelitup muka tak lagi wajib dalam pengangkutan awam, hospital

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
KUALA LUMPUR - Pemakaian pelitup muka semasa berada di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa 5 Julai ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata di bawah penilaian semula prosedur operasi standard (SOP), individu yang positif Covid-19 dan mereka yang mengendalikan pesakit itu, hanya dikehendaki memakai pelitup muka di lokasi berkenaan.

Katanya tempoh pengasingan kes disahkan Covid-19 pula dipendekkan daripada tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa 5 Julai ini.

"Individu berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah atau ibu mengandung terutama ketika berada di tempat sesak dan kawasan pengudaraan kurang baik pula, amat digalakkan memakai pelitup muka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu individu bergejala respiratori juga digalakkan memakai pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan kepada orang lain dan semasa berada dalam perkhidmatan pengangkutan awam. - Bernama