Nahas Ducati: Kertas siasatan dirujuk kepada TPR

Kertas siasatan melibatkan kes nahas penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Rabu lalu. (Gambar kecil: Mohd Azam)
Kertas siasatan melibatkan kes nahas penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Rabu lalu. (Gambar kecil: Mohd Azam)
A
A
A

AMPANG - Kertas siasatan melibatkan kes nahas penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, percakapan suspek telah direkodkan pada 16 Jun lalu.

"Polis telah merujuk kertas siasatan kepada TPR pada 21 Jun lalu dan beberapa tindakan siasatan lanjut akan dilakukan.

"Kertas siasatan akan dimajukan semula kepada TPR dalam tempoh masa terdekat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada 14 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, maut selepas tercampak dari motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya sebelum jatuh dari jambatan pada ketinggian kira-kira 30 meter.

Mangsa dikatakan melalui jalan berselekoh dan dipercayai cuba mengelak sebuah motosikal lain yang melawan arus.

Suspek berusia 41 tahun yang ditahan pada 17 Jun lalu mendakwa tersesat jalan sebelum menunggang secara melawan arus.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

ARTIKEL BERKAITAN: Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover' elak motosikal lawan arus

Netizen kecam penunggang motosikal lawan arus

Polis teliti rakaman CCTV, kesan penunggang motosikal lawan arus