Yadim berusaha bantu kerajaan pertahankan Islam dan perpaduan kaum

Nik Omar (duduk di tengah) bersama sebahagian daripada 30 panel pakar Nuim selepas majlis penyampaian watikah pelantikan hari ini.
Nik Omar (duduk di tengah) bersama sebahagian daripada 30 panel pakar Nuim selepas majlis penyampaian watikah pelantikan hari ini.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) dalam misi membantu kerajaan PH untuk mempertahankan Islam dan mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Yang Dipertuanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, Yadim akan berusaha memberikan penjelasan terbaik kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam ialah agama penuh rahmat dan kedamaian.

Nik Omar
Nik Omar



"Peranan utama Yadim tentunya dakwah kepada orang Islam iaitu memahami makna Islam itu sendiri untuk memastikan kita sebagai seorang Muslim dapat memahami dengan baik Islam dan Addin sebagai sistem kehidupan agar kita merasakan ia adalah anugerah daripada ALLAH, bukan satu bebanan.

"Kepada orang bukan Islam pula, mungkin mereka tidak boleh terima sebagai Addin tetapi mereka boleh hidup dalam negara yang patuh syariah, sesuai dengan budaya baharu majoriti rakyat Malaysia yang inginkan perubahan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah pelantikan panel pakar Nadwah Ulama dan Ilmuwan Islam Malaysia (Nuim) di Hotel Putra di sini hari ini.

Nik Omar berkata, pelantikan 30 panel pakar itu adalah untuk menjalankan amanah dan harapan yang besar dalam usaha menjalin kembali tautan perpaduan antara kaum.

"Dalam Nuim, kita ada 30 panel yang memiliki kepakaran dan ilmu serta kluster tertentu.

"Diharapkan mereka boleh menggerakkan dialog peradaban antara agama selepas ini untuk menyumbang ke arah perpaduan negara," katanya.

Nuim merupakan badan yang ditubuhkan Yadim sejak 2001 bagi menghimpunkan cendekiawan dan pemikir Islam di negara ini sebagai Panel Penasihat Pakar Yadim dalam isu-isu berkaitan pendidikan, sosial dan kebajikan.

Artikel Berkaitan: