Hubungan pemimpin, penjawat awam perlu diperkukuh

Amirudin (tiga dari kanan) dan Mustapa (empat dari kanan) melihat gimik pelancaran Dialogue@Shah Alam bertajuk Malaysia Baharu: Menggarap Sinergi Politikus dan Penjawat Awam di SACC hari ini.
Amirudin (tiga dari kanan) dan Mustapa (empat dari kanan) melihat gimik pelancaran Dialogue@Shah Alam bertajuk Malaysia Baharu: Menggarap Sinergi Politikus dan Penjawat Awam di SACC hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Hubungan antara pemimpin politik dan penjawat awam perlu diperkukuh dalam usaha meneruskan pemacuan pembangunan ekonomi dalam negeri dan negara.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, fungsi penjawat awam sangat kritikal dan amat diperlukan bagi memastikan visi dan polisi dicadangkan pemimpin dapat dilaksanakan dengan baik.

"Kerajaan Selangor melihat perpaduan yang terjalin antara penjawat awam dan ahli politik dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat sangat penting dan perlu diperteguhkan agar perkhidmatan yang diberikan sentiasa terbaik

"Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain adalah ramuan utama dalam memastikan pembangunan khususnya dalam Selangor dapat dilaksanakan dengan sempurna," katanya.

Beliau berkata demikian ketika perasmian Dialogue@Shah Alam bertajuk Malaysia Baharu: Menggarap Sinergi Politikus dan Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, penganjuran wacana tersebut bertujuan mewujudkan perbincangan dan juga keterbukaan dalam mendengar idea baharu untuk diterapkan dalam pentadbiran negeri.

"Siri 1 Dialogue@Shah Alam ini dikhaskan kepada penjawat awam memandangkan mereka adalah tunjang utama kerajaan negeri.

"Selangor telah terbukti menjadi sebuah negeri yang terkehadapan banyak hal termasuklah berkaitan dengan inisiatif dan program-program untuk rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Amirudin berkata, pengalaman yang bakal dikongsi bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam program itu memberi manfaat terutama kepada penjawat awam di negeri ini.