30 tan abu al-Quran dilupus esok

Kakitangan Karangkraf melakukan proses melupuskan al-Quran yang rosak menggunakan kaedah pembakaran.
Kakitangan Karangkraf melakukan proses melupuskan al-Quran yang rosak menggunakan kaedah pembakaran.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Sejumlah 30 tan abu al-Quran yang dibakar melalui teknologi insinerator oleh Kumpulan Media Karangkraf melalui Unit Pelupusan Ultimate Print akan dilupuskan di laut dalam berhampiran Pulau Angsa di sini esok.

Eksekutif Unit Pelupusan Ultimate Print, Mohamad Azmi Abdul Rahman berkata, pembakaran al-Quran yang dibuat mulai April tahun lalu itu mencatatkan jumlah paling besar pernah dilakukan setakat ini.

Katanya, kali pertama pembakaran melalui mesin berteknologi tinggi itu dilakukan dua tahun lalu membabitkan 5 tan abu al-Quran yang dilupuskan.

“Penggunaan teknologi ini jauh lebih cepat berbeza dengan kaedah manual iaitu mengubah suai tong dram sebagai alat untuk membakar.

“Jika dahulu (sebelum guna insinerator) kita hanya boleh bakar al-Quran hanya 20 kilogram sehari tetapi dengan mesin ini ia boleh dilakukan sehingga 300 kilogram sehari,” katanya ketika ditemui di tapak pembakaran di sini, semalam.

Katanya lagi, pembakaran al-Quran yang dibuang atas faktor salah cetak, tidak ikut piawaian dan rosak itu dilakukan mengikut prosedur dan patuh syariah.

Kakitangan Karangkraf melakukan proses melupuskan al-Quran yang rosak menggunakan kaedah pembakaran.
Kakitangan Karangkraf melakukan proses melupuskan al-Quran yang rosak menggunakan kaedah pembakaran.

“Sebenarnya proses membakar al-Quran ini dilakukan setiap hari tetapi kita akan mengambil masa untuk melupuskan abu al-Quran di laut atas pelbagai kekangan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai proses pelupusan di laut dalam esok, kata Mohamad, Kumpulan Media Karangkraf bekerjasama dengan Pasukan Polis Marin untuk menjayakan program berkenaan.

“Seramai 25 kakitangan kita membabitkan Ultimate Print dan bahagian-bahagian lain dijangka akan turut serta dalam misi melupuskan abu al-Quran ini.

“Kejayaan kita membakar al-Quran yang terbuang dalam jumlah yang banyak ini diharap akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang,” katanya.