Lantik guru tahfiz berlatarbelakangkan kefahaman UMNO

Zaini Meh @ Hussin
Zaini Meh @ Hussin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perwakilan Perlis mencadangkan supaya pelantikan guru tahfiz di bawah program Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mestilah daripada individu yang berlatarbelakangkan kefahaman UMNO.

Setiausaha UMNO Bahagian Padang Besar, Zaini Meh@Hussin berkata, perkara tersebut perlu dilakukan sebagai persediaan supaya tidak berlaku penentangan terhadap UMNO pada masa akan datang.

"Saya bagi cadangan pengajar yang dipilih untuk mengendalikan kelas-kelas tahfiz kita ini di peringkat tabika mestilah orang yang berlatarbelakangkan kefahaman UMNO.

"Jadi apa yang kita kena fikirkan bahawa pengajar itu kena tengok betul-betul dan buat pemilihan yang cukup cantik.

"Jangan kita jadikan bahawa kita buat ini (Program Tabika Pra Tahfiz Kemas) cantik, tetapi telah sediakan senjata (pelajar) bahawa mereka ini (yang akhirnya) akan menentang dan melawan kita satu hari nanti," katanya.

Beliau demikian semasa persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Pada 31 Mei, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 100,000 kanak-kanak Tabika di bawah Kemas disasarkan untuk dilahirkan sebagai 'Huffaz Cilik' menjelang 2026.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sasaran berkenaan dibuat selaras pelaksanaan program Tabika Pra Tahfiz Kemas bermula Julai depan dengan kerjasama Yayasan Pahang sebagai rakan strategik yang membantu dalam aspek tadbir urus.

Tambah Ahmad Zahid, program Tabika Pra Tahfiz Kemas itu menggabungkan elemen 7M iaitu mengaji, menghafaz, membaca, menulis, mengira, menaakul dan manusiawi.

Menurut Ahmad Zahid, program tahfiz itu diperkenal sebagai nilai tambah bagi modul program penghayatan pendidikan Islam (PPI) yang memberi penekanan dan tumpuan khusus terhadap dua aspek iaitu pembelajaran ibadah dan pengajian al-Quran.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu

Pemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAP

Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib

UMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid

'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar

UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak

Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid

‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat

'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid

'UMNO bukan mengkarung politik' - Ahmad Zahid

Anwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun

Tuduhan tidak bela Najib, cuba pecah belah UMNO - Puad Zarkashi

UMNO lulus pindaan perlembagaan permudah daftar keahlian baharu

PAU 2023: PM ikut sama nyanyi lagu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'

PAU 2023: Tajuddin tetap hadir walaupun digantung keahlian