Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib

Ahmad Zahid sedang menahan sebak setelah melihat klip video berkenaan Najib.
Ahmad Zahid sedang menahan sebak setelah melihat klip video berkenaan Najib.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa sebak sejurus melihat klip video oleh anak kepada bekas Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditayangkan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada Jumaat.

Menurut klip video yang diucapkan oleh Datuk Mohamad Nizar Najib itu, beliau mengatakan bahawa ayahnya tidak pernah mengarahkan untuk menentang atau tidak memberikan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Ada permainan di luar sana yang mengatakan kononnya ayahanda saya marah dengan Kerajaan Perpaduan sekarang dan minta kita serang institusi Presiden. Apa yang saya ingin tegaskan, ayahanda saya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk kita serang institusi Presiden atau mana-mana komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

“Malah beliau tuntut supaya kita setia dengan parti UMNO dan menghormati institusi Presiden UMNO yang kini diterajui oleh Ahmad Zahid sekarang,” kata Mohamad Nizar.

Sejurus kemudian, kelihatan Ahmad Zahid sebak dan berkata kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa perkara yang dikatakan tersebut adalah tulen.

“Kita di sini, dia di sana. Semangatnya ada dalam Dewan Merdeka. Kita berdoa tapi ALLAH nak kita berusaha,” katanya.

Tambah Ahmad Zahid, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan meneruskan perjuangan dengan membela keadilan buat Najib.

“Kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga, bersabarlah. Mudah-mudahan ALLAH lunaskan segala doa kita semua bersama beliau dan ahli keluarga,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu

Pemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAP

Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib

UMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid

'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar

UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak

Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid

‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat

'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid

'UMNO bukan mengkarung politik' - Ahmad Zahid

Anwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun