'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar

Anwar (kiri) bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika PAU 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Jumaat.
Anwar (kiri) bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika PAU 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran beliau pada Persidangan Agung UMNO (PAU) 2023 adalah bagi mengukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan selain memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya hadir semula (PAU) kerana saya gunakan platform perpaduan ini untuk memperkukuh kerajaan dan memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas ucapan Dasar Presiden sempena PAU 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Jumaat.

Menjawab persoalan kembali semula selepas 25 tahun, beliau berkata, perkara yang menjadi keutamaannya ketika ini adalah menyempurnakan tugasan kepada negara.

“Pengalaman peribadi itu penting tetapi ia tidak boleh mengatasi kepentingan rakyat dan kepentingan negara,” ujarnya.

Beliau turut mengakui bahawa berasa selesa untuk menghadirkan diri ke PAU itu oleh kerana sudah terbiasa dengan suasana tersebut.

“Ini termasuk menghafal lagu UMNO,” katanya.

Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menjadi tumpuan apabila kembali menghadiri persidangan tersebut setelah dipecat oleh parti itu pada 1998.

Kali terakhir Anwar berucap di pentas PAU pada 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ahmad Zahid ingatkan jangan usik hati orang Melayu

Pemuda UMNO perlu ‘move on’, lupakan kisah silam - DAP

Ahmad Zahid sebak dengar amanat Najib

UMNO terus pertahan Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal - Ahmad Zahid

'Saya hadir semula PAU 2023 untuk perkukuh kerajaan' - Anwar

UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak

Beri peluang kerajaan terjemah agenda dijanjikan - Ahmad Zahid

‘Lagi baik kalau DAP minta maaf pada UMNO’ - Tok Mat

'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid

'UMNO bukan mengkarung politik' - Ahmad Zahid

Anwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun