'Air karat di Kelantan masih gagal dijernihkan'- Ahmad Zahid

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan dasar presiden sempena PAU 2023 di Dewan Merdeka, WTCKL pada Jumaat.
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan dasar presiden sempena PAU 2023 di Dewan Merdeka, WTCKL pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas kegagalan pentadbiran kerajaan Pas terutama dalam mengurus bekalan air hingga masalah air karat di Kelantan masih gagal 'dijernihkan'.

Timbalan Perdana Menteri berkata, oleh itu sudah tiba masanya perubahan besar berlaku di Kelantan, Kedah dan Terengganu dengan memberikan peluang kepada Kerajaan Perpaduan mentadbir dan melaksanakan pelbagai agenda perpaduan.

Tegasnya, banyak agenda pembangunan asas terutama di Kedah dan Kelantan, memerlukan perubahan-perubahan besar.

"Islam itu bersih. Bersih di luar dan bersih di dalam. Untuk bersih, Islam memerlukan air bersih.