UMNO gesa selesai segera isu bebanan guru, doktor kontrak

Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Dewan Merdeka, WTCKL pada Jumaat. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Dewan Merdeka, WTCKL pada Jumaat. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO mahu kerajaan memastikan soal kebajikan penjawat awam dan pasukan keselamatan terus terbela termasuk menyelesaikan isu bebanan tugas guru serta perkhidmatan doktor kontrak.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, nasib golongan itu juga perlu dibela khususnya dalam aspek perumahan dan perlindungan hak sebagai pekerja.

Menurutnya, gesaan itu seiringan dengan waktu pasca pandemik ini yang menuntut perkhidmatan kesihatan negara dipertingkatkan.

"UMNO turut menggesa kerajaan menyegerakan pelaksanaan semula pembangunan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang dimulakan oleh Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak namun dikaji oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian dibatalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.