'Bimbang gajah mai lagi'

Abdul Nasir (tengah) berbincang bersama Abd Rahman kanan di lokasi serangan gajah.
Abdul Nasir (tengah) berbincang bersama Abd Rahman kanan di lokasi serangan gajah.
A
A
A

BALING - Kebun kelapa milik penduduk di sini hampir musnah angkara serangan seekor gajah liar di Kampung Memali, hari ini.

Pemilik kebun, Abd Rahman Ahmad,76, berkata, serangan sekitar jam 6 pagi itu kali pertama berlaku di kampung berkenaan.

Menurutnya, gajah berkenaan datang untuk mencari makanan berikutan terdapat kesan umbut kelapa yang dimakan.

Bagaimanapun, katanya, keselamatan keluarganya paling dibimbangi kerana kebun itu berhampiran dengan rumah anaknya.

Katanya kehadiran gajah itu disedari anak perempuannya, Sharimah,38 ketika mahu menunaikan solat Subuh.

"Dia ternampak seekor anak gajah itu dari pintu dapur. Katanya anak gajah tu sangat besar hingga banyak memusnahkan pokok kelapa di kebun kami.

"Jarak gajah itu tak sampai 50 meter dari rumah. Ia kemudiannya masuk ke kawasan hutan. Kami takut gajah itu mai sekali lagi," katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.

Sementara itu, ADUN Bayu, Abd Nasir berkata, beliau menerima aduan mengenai perkara itu dan telah mengambil tindakan awal dengan menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Sementara menunggu bantuan, saya meminta keluarga terbabit mengosongkan rumah untuk malam ini dan berpindah ke rumah ahli keluarga lain," katanya.

Beliau berkata, keluarga terbabit juga diminta memasang lampu di bahagian dapur pada sebelah malam hingga subuh serta menyediakan unggun api bagi mengelakkan kehadiran gajah.