Wanita dibunuh kerana putuskan pertunangan

Mangsa maut ditikam oleh bekas tunangnya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.
Mangsa maut ditikam oleh bekas tunangnya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Cemburu dan tidak berpuas hati pertunangan diputuskan menyebabkan seorang wanita ditikam sebanyak lapan kali oleh bekas tunangnya dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di sini pada Isnin.

Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai di pusat beli belah itu dilaporkan maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang menyatakan telah tertikam bekas tunangnya.

Katanya, susulan daripada panggilan itu sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah dipercayai akibat ditikam.