KPWKM atur sesi kaunseling buat keluarga Hawari

Aiman Athirah menjelaskan penggubalan rang undang-undang itu bertujuan melindungi warga emas di Malaysia.
Aiman Athirah menjelaskan penggubalan rang undang-undang itu bertujuan melindungi warga emas di Malaysia.
A
A
A

KEPALA BATAS - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang mengatur sesi kaunseling untuk keluarga pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, yang hilang di kawasan pergunungan itu.

Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, keluarga Muhammad Hawari khususnya isteri, Saffiyah Tang, 34, serta anak-anak Hana Sakeena, 4, dan Haris Suffian, 2, sangat memerlukan sesi kaunseling berkenaan kerana sedang melalui saat yang sangat mendukakan.

"Perbincangan di peringkat kementerian, kita akan membantu dari sudut kaunseling di mana kita akan aturkan sesi bersama pakar kaunseling.

"Kita akan beri perhatian kepada isu ini. Keluarga beliau sedang melalui saat yang mendukakan apabila mereka kehilangan insan yang sangat penting, justeru kita perlu beri sistem sokongan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesejahteraan Wanita: Kanser Wanita dan Gaya Hidup pada Isnin.

Safiyyah bersama anak sulungnya, Hana Sakeena menunjukkan gambar Hawari semasa menaiki Gunung Everest. - Foto Bernama
Safiyyah bersama anak sulungnya, Hana Sakeena menunjukkan gambar Hawari semasa menaiki Gunung Everest. - Foto Bernama

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Misi ME 2023 (ME 2023) yang juga Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Azim Afif Ishak berkata, misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari dijangka akan diteruskan bermula esok, bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa kastam di Nepal.

Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari ke-10 apabila beliau dilaporkan hilang selepas meninggalkan Kem Empat pada 19 Mei lalu.

Pada 18 Mei (Khamis) lepas, Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest pada pukul 3.30 petang waktu Nepal. - Bernama