Konservasi biodiversiti: MPOGCF tanam 100,000 pokok

Projek Penanaman 1 Juta Pokok bertujuan memulih semula 2,500 hektar hutan terosot di Lower Kawag, Lahad Datu, Sabah, dan rehabilitasi habitat orang utan.
Projek Penanaman 1 Juta Pokok bertujuan memulih semula 2,500 hektar hutan terosot di Lower Kawag, Lahad Datu, Sabah, dan rehabilitasi habitat orang utan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 100,000 pokok daripada 12 spesies telah di tanam bermula Oktober 2021 hingga April 2023 menerusi usaha konservasi biodiversiti oleh Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF).

Pengurus Besar MPOGCF, Zamakshari Muhamad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.1juta telah dibelanjakan melibatkan keluasan tanaman seluas 225 hektar.

Menurutnya,MPOGCF dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) turut bekerjasama membangunkan tanah bekas lombong yang terbiar di tengah-tengah pusat bandar sebagai Laman Konservasi dan Pendidikan Biodiversiti yang boleh dimanfaatkan oleh institusi-institusi penyelidikan dan pendidikan di samping memberi kesedaran orang awam tentang kepentingan biodiversiti.

“Kerja-kerja penanaman pelbagai pokok hutan terutama spesies terancam telah selesai melibatkan kos hampir RM1 juta yang ditaja oleh pihak industri sawit Malaysia melalui MPOGCF.

“Perjanjian kerjasama MPOGCF dan Sime Darby Plantations pula melibatkan Pembangunan Model Projek Pemulihan Tanah Gambut di Estate Lavang di Bintulu, dengan keluasan 400 hektar,”katanya dalam satu kenyataan bersempena dengan Hari Biodiversiti Antarabangsa 2023 pada Isnin.

Jelasnya, MPOGCF membiayai 50 hektar daripada keseluruhan projek itu dengan peruntukan dana mencecah RM1.5 juta untuk penanaman 30,000 anak-anak pokok bertujuan memulih semula ekosistem semulajadi tanah gambut.

Operasi penanaman pokok dijalankan oleh pihak MPOGCF.
Operasi penanaman pokok dijalankan oleh pihak MPOGCF.

“Projek ini juga membuka peluang kepada komuniti setempat untuk menambah pendapatan.

“Perjanjian juga dimeterai MPOGCF, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan peruntukan dana masing-masing RM600,000 dan RM450,000 bagi membiayai dua kajian penyelidikan biodiversiti diladang-ladang sawit di Semenanjung dan Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya, projek-projek konservasi penting masih di peringkat perjanjian termasuk Kajian Populasi Orang utan dan Gajah Borneo di Sabah, Projek Penanaman Rumput Napier di Koridor Hidupan Liar di Sandakan, Projek Koridor Gajah di Jeli dan Projek Pemulihan semula hutan terosot di kawasan Centre Forest Spine.

“Tidak dinafikan sektor perladangan kelapa sawit memberi kesan kepada biodiversiti tetapi kesannya tidak seteruk aktiviti perlombongan atau perternakan kerana perladangan menggantikan pokok dengan pokok dan kesan itu pula hanya berlaku di peringkat awal penanaman.

"Selepas beberapa tahun dengan pematuhan Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang ketat, pokok-pokok sawit yang menghijau itu menyediakan sebuah ekosistem kepada tumbuhan, haiwan dan organisma lain,” katanya

Ujarnya, banyak pihak sengaja melupakan fakta, walaupun kelapa sawit merupakan tanaman komoditi untuk ekonomi, tetapi kelapa sawit juga adalah pokok, yang membekalkan oksigen semulajadi kepada kepelbagaian kehidupan termasuk manusia.

Projek ini juga membuka peluang kepada komuniti setempat untuk menambah pendapatan.
Projek ini juga membuka peluang kepada komuniti setempat untuk menambah pendapatan.

“Kami yakin usaha-usaha konservasi ini dapat membantu kerajaan dalam melindungi dan memulihara biodiversiti dan juga memastikan kesinambungan industri sawit Malaysia di pasaran global.

Tambahnya, tarikh 22 Mei setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Kepelbagaian Biologi atau Biodiversiti Antarabangsa oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation) bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran penduduk dunia tentang isu-isu biodiversiti.

“Tema yang dipilih untuk tahun ini ialah Daripada Perjanjian kepada Tindakan: Bina Semula Biodiversiti (From Agreement to Action: Build Back Biodiversity).

“Tema ini bertepatan dengan usaha-usaha konservasi biodiversiti oleh Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) selaku agensi peneraju konservasi biodiversiti di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi,” jelasnya

Katanya lagi, Projek-projek konservasi yang dibawa MPOGCF adalah selari pendirian United Nation Environment Programme (UNEP) dan Food and Agriculture Organisation (FAO) bahawa kaedah terbaik untuk membina semula biodiversiti ialah menerusi aktiviti-aktiviti konservasi, selain untuk kepentingan flora dan fauna, ia juga membantu komuniti setempat.

Difahamkan, Projek Penanaman 1 Juta Pokok bertujuan memulih semula 2,500 hektar hutan terosot di Lower Kawag, Lahad Datu, Sabah, dan rehabilitasi habitat orang utan, dalam masa yang sama membantu ekonomi penduduk Kampung Tampenau, yang membekalkan benih dan anak-anak pokok serta peluang pekerjaan sebagai penanam dan penyelenggara pokok.