Isu kekurangan gula di Kedah selesai - Salahuddin

Sebanyak 214 premis termasuk pemborong dan peruncit selain satu kilang pengeluaran telah diperiksa oleh pegawai penguat kuasa berhubung isu kekurangan bekalan gula di Kedah. (Gambar kecil: Datuk Seri Salahuddin Ayub)
Sebanyak 214 premis termasuk pemborong dan peruncit selain satu kilang pengeluaran telah diperiksa oleh pegawai penguat kuasa berhubung isu kekurangan bekalan gula di Kedah. (Gambar kecil: Datuk Seri Salahuddin Ayub)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan bekalan gula di Kedah yang sebelum ini mengalami masalah telah berjaya dipulihkan menerusi Operasi bersepadu Ops Manis.

Menurutnya, sejumlah 176 pegawai penguat kuasa telah digerakkan bagi melakukan pemeriksaan terhadap 214 premis termasuk pemborong dan peruncit selain satu pemeriksaan di kilang pengeluaran.

Tambahnya, setakat 20 Mei, bekalan gula yang dihasilkan dua syarikat pengeluar utama mencapai 796.721 metrik tan untuk negeri tersebut.

"Alhamdulillah saya ingin mengumumkan berdasarkan laporan penguat kuasa, kita dimaklumkan bekalan gula di Kedah dapat diatasi sepenuhnya.

“Walaupun ada aduan, KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) bergerak pantas dan pulihkan sepenuhnya. Setakat ini, di Kedah bekalan gula telah pulih sepenuhnya.

"Oleh itu kita harap tidak berlaku pembelian panik. Sekiranya ada aduan, saya harap ia segera dilaporkan kepada pihak KPDN,” katanya di lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan, punca gangguan bekalan gula adalah disebabkan kelewatan agihan bekalan.

Jelasnya, terdapat empat lokasi Jualan Rahmah di Kedah bagi memulihkan bekalan gula iaitu di Ben Eng Huat, Pasaraya Kawan Kita (Sik), Pasaraya Kawan Kita (Gurun) dan Pasaraya Kawan Kita (Ambangan Height).

“Harga bagi setiap 2 kilogram gula ditetapkan pada kadar RM5,” ujarnya.