Andalusia, Malaysia Airlines teruskan kerjasama

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Sdn Bhd, Ida Riswana Idris (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Amal by Malaysia Airlines, Muhammad Najmi Mansor menandatangai memorandum kerjasama dalam majlis yang berlangsung di Hotel Intercontinental pada Khamis. Turut menyaksikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan (belakang, tengah). Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Sdn Bhd, Ida Riswana Idris (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Amal by Malaysia Airlines, Muhammad Najmi Mansor menandatangai memorandum kerjasama dalam majlis yang berlangsung di Hotel Intercontinental pada Khamis. Turut menyaksikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan (belakang, tengah). Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Syarikat pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menandatangani memorandum kerjasama bersama syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) bagi musim umrah tahun 2023/2024.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, kerjasama dengan MAB menerusi Amal by Malaysia Airlines (Amal) itu adalah untuk kali ke-10 itu melibatkan kontrak bernilai RM117 juta bagi pembelian 32,050 tempat duduk penerbangan umrah.

“Sepanjang hampir lapan tahun bersama Amal, Andalusia telah mencapai hasrat menyantuni puluhan ribu tetamu ALLAH setiap tahun dengan harga pakej umrah mampu milik, malah mengekalkan perkhidmatan penerbangan bertaraf antarabangsa.

“Melalui peluang kerjasama bersama Amal sejak 2015, Andalusia dapat merealisasikan 'amal' kami iaitu membuka peluang kepada ribuan umat Islam di Malaysia yang kurang bernasib baik untuk menjejakkan kaki di bumi Makkah melalui program CSR (tanggungjawab sosial korporat) melalui program tajaan penuh jemaah asnaf.

“Rata-rata jemaah Andalusia sangat berpuas hati dan mengulangi pakej umrah bersama penerbangan Malaysia Airlines yang dibaratkan seperti dalam rumah sendiri terutamanya dari sudut sajian makanan dan kemudahan berkomunikasi,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Penerbangan Malaysia Airlines A330-200 antara Amal dan Andalusia pada Khamis.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Sdn Bhd, Ida Riswana Idris (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Amal by Malaysia Airlines, Muhammad Najmi Mansor menandatangai memorandum kerjasama dalam majlis yang berlangsung di Hotel Intercontinental pada Khamis. Turut menyaksikan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan (belakang,tengah). Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia Sdn Bhd, Ida Riswana Idris (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Amal by Malaysia Airlines, Muhammad Najmi Mansor menandatangai memorandum kerjasama dalam majlis yang berlangsung di Hotel Intercontinental pada Khamis. Turut menyaksikan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan (belakang,tengah). Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

MoU berkenaan ditandatangani oleh Ida Riswana mewakili syarikat berkenaan manakala Amal diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Muhammad Najmi Mansor.

Ia disaksikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan.

Dalam pada itu Ida Riswana berharap kerjasama antara Amal dan Andalusia mampu memberi kesedaran kepada orang ramai terutama bakal jemaah umrah mengenai pemilihan syarikat pengendali yang diyakini.

Ida Riswana
Ida Riswana

“Penting untuk mereka (bakal jemaah umrah) memilih syarikat pengendali yang bersedia dari awal dengan tiket penerbangan dan hotel penginapan di Makkah dan Madinah.

“Musim umrah pada bulan Disember 2022 dan awal 2023 menyaksikan pelbagai peristiwa hitam yang mengakibatkan banyak kerugian umat Islam dari segi kewangan selaian tekanan emosi dan mental.

“Sebab itu dari sudut prinsip, kami tidak boleh jual apa-apa barangan selagi barang itu tiada. Oleh itu Andalusia akan terus melebarkan pemasaran ke seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa penting untuk berurusan dengan syarikat yang boleh memberi jaminan mempunyai penerbangan yang sudah disahkan,” ujarnya.

Kekalkan harga pakej

Sementara itu Ida Riswana memberi jaminan syarikat pengendali umrah dan haji itu akan mengekalkan kualiti yang ditawarkan selain turut berharap kerjasama antara kedua-dua pihak akan berterusan untuk tempoh yang lebih lama.

Selain menyasarkan membawa seramai 60,000 bakal jemaah ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada musim hadapan, beliau menjelaskan, pihaknya turut menjalin kerjasama bersama syarikat penerbangan antarabangsa lain seperti Emirates dan Etihad Airways.

“Niat kami hanya satu iaitu untuk sedaya upaya mengekalkan harga pakej umrah serendah mungkin supaya boleh membuka peluang lebih ramai umat Islam berkunjung ke Baitullah.

“Kami berharap Malaysia Airlines akan terus berusaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan, kemudahan yang ada di dalam kapal dan kecekapan operasi agar penerbangan ini mencapai piawai perkhidmatan seperti yang diharapkan oleh jemaah,” katanya.

Pilih yang berdaftar, dipercayai

Dalam pada itu Kharul Firdaus turut menasihatkan bakal jemaah untuk meneliti, mengkaji dan berhubung dengan agensi kerajaan berkaitan sebelum membuat keputusan memilih pakej umrah tertentu.

Khairul Firdaus
Khairul Firdaus

Beliau berkata, tindakan itu mampu mengelakkan mereka daripada terpedaya dengan tawaran pakej yang terlalu murah dan tidak masuk akal.

“Laman sesawang MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) juga menyediakan informasi berkaitan syarikat pengendali pelancongan termasuk pengendali umrah yang dikategorikan sebagai meragukan dan melanggar kesalahan melalui senarai amaran.

“Saya berharap inisiatif antara kedua-dua syarikat ini dapat mengurangkan kes-kes yang sering dihadapi seperti isu kartel tiket kapal terbang, harga tiket yang tinggi, bilangan tiket tidak mencukupi dan penjualan tiket kepada jemaah luar negara.

“Kementerian mengalu-alukan lebih banyak syarikat pengendali umrah untuk menjalin kerjasama strategik dengan kerajaan menerusi syarikat berkaitan kerajaan atau GLC,” ujarnya.