MR D.I.Y buka stor pertama EMTOP pertama di Malaysia

MR D.I.Y. melancarkan EMTOP di Malaysia dengan kedai pertamanya di Bandar Puteri Puchong, Puchong, Selangor.
MR D.I.Y. melancarkan EMTOP di Malaysia dengan kedai pertamanya di Bandar Puteri Puchong, Puchong, Selangor.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PERUNCIT perkakas rumah kegemaran Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad (MR.D.I.Y.) telah membuka stor pertama jenama perkakas antarabangsa terkenal, EMTOP di negara ini yang terletak di Bandar Puteri Puchong, Selangor pada 24 April lepas.

EMTOP, jenama yang dipercayai di lebih 80 negara di seluruh dunia menghasilkan pelbagai produk perkakas yang terkenal dengan kualiti dan ketahanan pembinaannya.

Sebanyak 1,000 rangkaian produk EMTOP melibatkan alat-alat kuasa, aksesori alat kuasa dan alat-alat sumber kuasa, malahan, produk-produk EMTOP menggunakan bateri standard untuk lebih daripada 100 perkakas mereka, menjadikannya mudah dan efisien untuk pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, sekatan perjalanan semasa pandemik, kenaikan kos bahan mentah dan kos perkhidmatan yang lebih tinggi telah mengilhamkan budaya buat sendiri (DIY) dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ini seterusnya meningkatkan permintaan untuk perkakas, alat dan gajet. Kami memutuskan untuk menjadi francaisi induk kepada jenama EMTOP di Malaysia.

“EMTOP merupakan jenama antarabangsa yang diiktiraf di peringkat global dan menjadi kegemaran para peminat DIY dan profesional dalam industri pembinaan. Stor EMTOP menawarkan pelbagai perkakas asas dalam satu lokasi yang mudah dan pada harga yang berpatutan, sesuai dengan janji kami untuk menyampaikan produk berkualiti pada harga yang mampu milik,” katanya dalam satu kenyataan.

Adrian berkata, EMTOP juga telah dibuka di Klang, Selangor pada Sabtu lepas

“MR D.I.Y telah mengatur pelbagai aktiviti menarik sempena pembukaan kedai EMTOP pertama, termasuk diskaun sehingga 30 peratus untuk alat kuasa, penggiling sudut, pemandu impak, gerudi tanpa wayar, gerudi impak, dan pemutar skru tanpa wayar, serta promosi hadiah apabila pelanggan membeli produk EMTOP,” katanya.

Peruncit tersebut juga akan mengadakan siri demonstrasi produk di EMTOP, Bandar Puteri Puchong, dan MidValley Megamall, Kuala Lumpur yang berlangsung bermula 5 Mei hingga 5 Jun 2023.