Insurans Rahmah dilancar hujung bulan ini - Salahuddin

Salahuddin - Foto Bernama
Salahuddin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu lagi inisiatif berkebajikan di bawah Payung Rahmah iaitu Insurans Rahmah akan diperkenalkan pada hujung Mei ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, ia merupakan satu lagi usaha bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) setelah beberapa perbincangan dilakukan dengan syarikat terlibat.

“Ini semua telah kita lakukan dengan penuh teliti. Sebelum ini kita telah lakukan pelbagai inisiatif antaranya Jualan Rahmah, Menu Siswa Rahmah bahkan sempena Hari Raya Aidilfitri, kita perkenalkan Servis Kereta Rahmah,” kata beliau semasa Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di sini pada Ahad.

Salahuddin turut berkongsi bahawa usaha Kerajaan Perpaduan menerusi Payung Rahmah menampakkan perkembangan baik apabila kadar inflasi menurun daripada 9.6 peratus kepada 9.3 peratus.

Tambah Ahli Parlimen Pulai berkenaan, ia juga berjaya mencapai sasaran membantu sehingga 126,00 individu B40.

“Kini, dengan adanya inisiatif Jualan Rahmah, kita telah berjaya menguruskan 14,000 barangan dengan harga diskaun.

“Ini memberi impak yang sangat besar kepada isi rumah dan saya tidak pernah menyangka bahawa limpahan menunjukkan cahaya di hujung terowong.

“Mungkin bagi kita ianya kecil. Sardin, roti, mungkin tidak bermakna apa-apa. Tetapi rakyat menghargainya. Kecil tetapi bermakna,” kata beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti'

ARTIKEL BERKAITAN: MCA gesa kerajaan tawar inisiatif potongan cukai

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bukan masa cari salah, tunding jari' - Mohd Hasbi

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kita pemimpin dari rakyat, bukan atas rakyat’ - Noraini

ARTIKEL BERKAITAN: Libatkan anak muda dalam proses buat keputusan

ARTIKEL BERKAITAN:'Contohi Australia, didik keperluan mengundi seawal 7 tahun'

ARTIKEL BERKAITAN:Wujudkan satu kerangka jelas tingkat ekonomi

ARTIKEL BERKAITAN: Akmal mohon maaf isu lantikan politik bawah Mohamad Sabu

ARTIKEL BERKAITAN:Lima tekad Pemuda Kerajaan Perpaduan

ARTIKEL BERKAITAN:19 parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu segerakan keserasian

ARTIKEL BERKAITAN:Dua pendekatan noktahkan kemiskinan tegar - Nancy