‘Kita pemimpin dari rakyat, bukan atas rakyat’ - Noraini

Noraini Ahmad
Noraini Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pimpinan Kerajaan Perpaduan diingatkan untuk memastikan usaha memberikan yang terbaik kepada rakyat berterusan, sejajar dengan tujuan asal gagasan tersebut sepanjang enam bulan pemerintahan.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, ia merangkumi dari segi memastikan kestabilan ekonomi dan perpaduan dalam negara.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, meskipun gagasan tersebut mengalami kejanggalan pada awal kerjasama disebabkan perbezaan ideologi namun mereka tetap menggalas harapan besar daripada seluruh anggota masyarakat.

“Kita pemimpin yang berasal daripada rakyat, bukan atas rakyat, tanpa mereka kita bukan apa-apa. Oleh itu, kita berjuang sebaik mungkin untuknya,” kata beliau ketika semasa memberi ucapan semasa Konvensyen Wanita Perpaduan di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Noraini menambah, semangat memperkasa nasional meskipun berbeza ideologi dan fahaman politik bukan sesuatu yang asing memandangkan usaha mencapai kemerdekaan juga melibatkan usaha pelbagai.

Ujar beliau, perjalanan usaha tersebut masih panjang kerana banyak lagi ruang dan peluang untuk diperbaiki.

“Ini semua hanya boleh dicapai sekiranya kita semua bersatu hati dan menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini

ARTIKEL BERKAITAN:'Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti'

ARTIKEL BERKAITAN:MCA gesa kerajaan tawar inisiatif potongan cukai

ARTIKEL BERKAITAN:'Bukan masa cari salah, tunding jari' - Mohd Hasbi