19 parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu segerakan keserasian

Acara menandatangani tekad wanita perpaduan disaksikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Acara menandatangani tekad wanita perpaduan disaksikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menyegerakan keserasian bagi memperkukuhkan lagi hubungan, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri di enam negeri akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang berlangsung hari ini merupakan platform terbaik untuk menyegerakan keserasian itu.

"Mulai hari ini, kita ada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, keserasian dengan pelbagai parti yang lain, 19 parti semuanya harus dipercepatkan keserasiannya," kata Presiden UMNO itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan khas Presiden UMNO bersama Ketua, Timbalan dan Naib Ketua UMNO Bahagian-Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali membuka tirainya dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, yang diadakan secara serentak pagi ini.

Kemuncak konvensyen bertemakan ‘Madani: Mengangkat Agenda Rakyat’ adalah amanat Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum berakhir dengan pelancaran Tekad Bersama.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO meminta semua pemimpin parti berkenaan di pelbagai peringkat jawatan di Bahagian supaya mengetepikan segala perbezaan yang timbul sebelum ini terutama semasa pemilihan sesi 2023-2026.

Mengambil contoh 'biduk lalu kiambang bertaut', Pengerusi Barisan Nasional itu berkata perumpamaan berkenaan perlu dijadikan pegangan ahli UMNO bagi mengukuhkan kedudukan dan memperkasakan parti dalam menghadapi PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

"Kita mahu menghadapi PRN di enam negeri, maka jentera harus digerakan dari sekarang dan yang lebih penting menyantuni pengundi tanpa parti politik," katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti'

ARTIKEL BERKAITAN: MCA gesa kerajaan tawar inisiatif potongan cukai

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bukan masa cari salah, tunding jari' - Mohd Hasbi

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kita pemimpin dari rakyat, bukan atas rakyat’ - Noraini

ARTIKEL BERKAITAN: Libatkan anak muda dalam proses buat keputusan

ARTIKEL BERKAITAN:'Contohi Australia, didik keperluan mengundi seawal 7 tahun'

ARTIKEL BERKAITAN:Wujudkan satu kerangka jelas tingkat ekonomi