Lima tekad Pemuda Kerajaan Perpaduan

Fadillah (tiga kanan) bersama lima Ketua Pemuda parti dalam Kerajaan Perpaduan melancarkan lima tekad Pemuda di WTC pada Ahad.
Fadillah (tiga kanan) bersama lima Ketua Pemuda parti dalam Kerajaan Perpaduan melancarkan lima tekad Pemuda di WTC pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima tekad dinyatakan pada Konvensyen Pemuda Kerajaan Perpaduan melibatkan lima parti gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Tekad berkenaan yang ditandatangani Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh; Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbi Muda; Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Kelvin Yii; Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Jonnybone Kurum dan Ketua Wira Warisan, Mohd Ismail Ayob itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Lima gagasan yang digariskan dalam tekad berkenaan adalah ‘Bina bersama kesepakatan politik; Bina bersama perpaduan nasional; Bina bersama ekonomi belia; Bina bersama jaminan sosial dan Bina bersama kemampanan dan kestabilan sosio ekonomi.

Sementara itu, Fadillah berkata, tekad berkenaan melambangkan komitmen golongan belia setiap parti kerajaan untuk memperkukuhkan kerjasama yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Tekad ini membawa agenda perpaduan ke seluruh negara sebab asas kekuatan sesebuah negara adalah perpaduan dalam kalangan masyarakat tidak kira sektor politik, perniagaan dan sosial.

Fadillah ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pemuda Kerajaan Perpaduan di WTC.
Fadillah ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pemuda Kerajaan Perpaduan di WTC.

“Ia memfokuskan titik persamaan dan bukannya menumpukan perbezaan. Persamaan yang boleh memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, persamaan yang boleh diberi tumpuan untuk mengangkat kehidupan rakyat (dan) gerakkan ekonomi negara.

“Ini yang perlu diberi tumpuan iaitu mereka (belia) bina bersama negara dalam keadaan konsep Kerajaan Madani,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen Pemuda Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Sebelum itu beliau turut melancarkan jentera ‘Geng Perpaduan’ yang melibatkan semua sayap pemuda parti gabungan bagi memperkukuh kerjasama dan mengatur gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Jentera itu merupakan platform baharu pemuda dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan yang dianggotai sayap Pemuda Barisan Nasional (BN), PH, GPS, GRS dan Warisan.

ARTIKEL BERKAITAN: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti'

ARTIKEL BERKAITAN: MCA gesa kerajaan tawar inisiatif potongan cukai

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bukan masa cari salah, tunding jari' - Mohd Hasbi

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kita pemimpin dari rakyat, bukan atas rakyat’ - Noraini

ARTIKEL BERKAITAN: Libatkan anak muda dalam proses buat keputusan

ARTIKEL BERKAITAN:'Contohi Australia, didik keperluan mengundi seawal 7 tahun'

ARTIKEL BERKAITAN:Wujudkan satu kerangka jelas tingkat ekonomi

ARTIKEL BERKAITAN: Akmal mohon maaf isu lantikan politik bawah Mohamad Sabu

ARTIKEL BERKAITAN:Lima tekad Pemuda Kerajaan Perpaduan