Hidu peluang buat duit

Hussamuddin bersama warga UMK dan penuntut dari pelbagai universiti yang menjayakan Unipreneur Fest, semalam.
A
A

BACHOK - Kemahiran menghidu peluang dan berfikir secara kreatif penting kepada penuntut yang mahu bergelar sebagai usahawan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, kejayaan tidak datang dengan muda dan penuntut mesti membuat perancangan dalam usaha mencapainya.

"Semangat untuk sentiasa berada di depan merupakan kriteria bakal usahawan. Jadilah orang pertama yang mencipta peluang, bijak menambah nilai atas satu-satu perkara.

"Semua itu memerlukan ilmu sebagaimana ditekankan agama menerusi surah Iqra' (al-'Alaq), surah pertama al Quran," katanya.

Pemenang Student Business Showcase sempena Unipreneur Fest bergambar bersama Hussamuddin (dua dari kanan).
Pemenang Student Business Showcase sempena Unipreneur Fest bergambar bersama Hussamuddin (dua dari kanan).

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Unipreneur Fest di UMK Bachok di sini, semalam.

Menurutnya, UMK amat kondusif untuk melahirkan usahawan dalam pelbagai bidang ekonomi.

"Kena bersungguh-sungguh selepas kita mendapat latihan di universiti dan dalam era digital ini, kita perlu memanfaatkannya untuk melebarkan perniagaan.

"Karnival Etak Salai yang dijayakan UMK baru-baru ini adalah contoh pemikiran kreatif sehingga mampu menarik perhatian rakyat Malaysia," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia