Sultan Johor bimbang desas-desus kestabilan kerajaan

Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor bertitah menyuarakan kebimbangan baginda dengan desas-desus berkenaan kestabilan kerajaan yang terus kedengaran sehingga hari ini, walaupun sudah enam bulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU15 lalu dan telah memberi undi mereka kepada 222 ahli Parlimen untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

"Namun, sehingga kini, 222 ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina.

"Keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara kita, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.

"Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini? Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan," titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office (RPO) pada Rabu.

Sebelum ini tersebar khabar angin terdapat gerakan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang merupakan kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan (Warisan).

ARTIKEL BERKAITAN: Memang ada komplot jatuhkan kerajaan - PM

ARTIKEL BERKAITAN:BN nafi ahli Parlimennya terlibat dalam usaha jatuhkan kerajaan

ARTIKEL BERKAITAN:'Hentikan cubaan jatuhkan Kerajaan Perpaduan'