Ketua Polis Sri Lanka dilapor enggan letak jawatan

Fernando
Fernando
A
A
A

COLOMBO - SRI LANKA.Ketua Polis Sri Lanka dilaporkan enggan meletak jawatan seperti yang diminta oleh Presiden Maithripala Sirisena ekoran siri pengeboman yang meragut lebih 250 nyawa pada Ahad lalu.

Presiden Sirisena menyalahkan Ketua Polis, Pujith Jayasundara dan Setiausaha Pertahanan, Hemesiri Fernando kerana tidak berkongsi amaran awal berhubung serangan yang menyasarkan gereja dan hotel terkemuka itu.

Fernando dikatakan meletak jawatan awal minggu ini namun Jayasundara masih enggan berundur.

"Beliau (Jayasundara) enggan meletak jawatan walaupun diminta berbuat demikian oleh Presiden Sirisena," kata sumber di pejabat presiden.

Menurut perlembagaan Sri Lanka, hanya parlimen boleh menyingkirkan ketua polis menerusi proses rumit yang direka bagi melindungi pegawai daripada campur tangan politik.

Serangan yang menggemparkan Sri Lanka pada 21 April lalu meningkatkan ketegangan antara Presiden Sirisena dan Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe apabila kedua-dua mereka mendakwa tidak memperoleh amaran awal berhubung serangan terbabit. - Reuters

Artikel Berkaitan: