Anak PM Jepun letak jawatan setiausaha bapa ekoran kritikan

Kishida memberitahu pemberita, anak sulungnya, Shotaro Kishida akan meletak jawatan sebagai setiausahanya pada Khamis. - Foto EPA
Kishida memberitahu pemberita, anak sulungnya, Shotaro Kishida akan meletak jawatan sebagai setiausahanya pada Khamis. - Foto EPA
A
A
A

TOKYO - Anak lelaki Perdana Menteri Fumio Kishida, akan meletak jawatan selaku setiausaha eksekutif kepada bapanya pada 1 Jun, umum kerajaan pada Isnin, ekoran kritikan berterusan kerana mengadakan parti di kediaman rasmi Perdana Menteri, lapor Xinhua.

Kishida memberitahu pemberita, anak sulungnya, Shotaro Kishida akan meletak jawatan sebagai setiausahanya pada Khamis.

Shotaro Kishida menjadi sasaran kecaman selepas laporan media mengenai penganjuran parti membabitkan tingkah laku kontroversi bersama sanak saudara di kediaman rasmi Perdana Menteri pada Disember lalu.

Kediaman itu sering digunakan untuk acara rasmi, termasuk pertemuan dengan tetamu asing.

Gambar Shotaro Kishida bersama sanak saudaranya di atas tangga dihiasi permaidani merah di kediaman itu mula tersiar menerusi media pada minggu lalu. - Bernama-Xinhua