X

Kindly register in order to view this article
!

Jumlah penghuni pusat pemindahan SMK Taman Keramat meningkat kepada 77 orang

Sebahagian 70 penghuni dari 17 buah keluarga yang tinggal di bangunan empat tingkat Blok F Flat Taman Keramat Permai ditempatkan di penempatan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat selepas bangunan tersebut mengalami keretakan struktur sebagai langkah keselamatan. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Keramat susulan keretakan di Blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai di sini meningkat kepada 77 orang malam ini berbanding 38 tengah hari tadi.

Ketua Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan di sekolah itu sehingga pihak berwajib membuat pengesahan mengenai tahap keselamatan pangsapuri berkenaan.

“Kawasan pangsapuri itu kini berada di bawah kawalan pihak polis selama 24 jam dan bacaan alat khas bagi mengesan pergerakan tanah diambil setiap dua jam,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Retakan masih aktif, alat pengesan dipasang

Beliau berkata siasatan lanjut masih dilakukan, yang dijangka mengambil masa selama tiga hari untuk memperoleh keputusan sama ada bangunan empat tingkat itu selamat diduduki, dan menurutnya pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga masih ditempatkan di kawasan pangsapuri itu bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Semalam, lebih 200 penghuni pangsapuri berkenaan dikehendaki berpindah susulan keretakan aktif di bangunan itu.

SMK Taman Keramat dijadikan pusat pemindahan sementara sebagai langkah keselamatan bagi penduduk terlibat namun ada penghuni pangsapuri itu yang memilih untuk tinggal bersama saudara mara atau menginap di hotel.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!