Sanggup berbelanja besar, Ahmad Izwan kekal cara tradisi guna kad raya

Sebahagian kad raya yang dibeli oleh Ahmad Izwan untuk dikirimkan kepada ahli keluarga dan sahabat handainya.
Sebahagian kad raya yang dibeli oleh Ahmad Izwan untuk dikirimkan kepada ahli keluarga dan sahabat handainya.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketika dunia teknologi semakin berkembang tetapi Ahmad Izwan Abdul Lahtif, 33, masih sanggup membelanjakan RM200 hingga RM300 setiap tahun untuk membeli kad Hari Raya serta setem bagi mengekalkan nilai sentimental amalan menghantar ucapan secara pos.

Menurut pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Malaysia itu, dia akan mencari kad raya terbabit melalui atas talian dan mengumpulnya sebulan lebih awal sebelum menyambut Aidilfitri.

Baginya, tulisan tangan dengan susunan ayat serta ucapan pada kad raya berkenaan memberi seribu satu sejarah yang tidak akan dilupakan.

“Apabila kita dapat buat macam ini, kenangannya tidak hilang berbanding menggunakan media sosial seperti WhatsApp kerana mesej diterima akan dipadam juga kelak.

“Saya kini sudah mengumpul lebih 100 keping kad ucapan Hari Raya sejak dua tahun lepas,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Bekas guru yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu memberitahu, selain daripada rakan, dia pernah menghantar malah turut menerima ucapan balas kad raya daripada golongan kenamaan termasuk daripada Sultan Brunei.