Mangsa banjir di Kuantan meningkat

Banjir mula naik di perkampungan Sungai Isap menyebabkan kira-kira 47 orang ditempatkan di PPS.
Banjir mula naik di perkampungan Sungai Isap menyebabkan kira-kira 47 orang ditempatkan di PPS.
A
A
A
KUANTAN - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini sehingga 9 lagi mencatatkan peningkatan 435 orang daripada 367 orang berbanding pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff berkata, ia melibatkan 110 mangsa yang kini ditempatkan di tujuh PPS di sekitar kuantan.

Menurutnya, antara PPS yang sudah menempatkan mangsa ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating; SK Sungai Ular, SK Kempadang, SK Sungai Karang, Dewan Orang Ramai Balok, SK Sungai Isap Murni dan SK Beserah.

“Di Sk Cherating yang dibuka sejak malam kini mencatatkan bilangan mangsa paling tertinggi iaitu 128 orang, diikuti SK Kempadang (77) SK Sungai Karang (64),SK Beserah (63),SK Sungai Isap Murni (47),Dewan Orang Ramai Balok (31) dan SK Sungai Ular pula 25 mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa di beberapa lokasi yang berisiko banjir
Artikel Berkaitan:


memandangkan disebabkan hujan tidak berhenti sejak semalam.

Katanya, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan, begitu juga penutupan jalan di negeri ini.