Iftar ala Madinah @Karangkraf platform kongsi rezeki

Program Iftar ala Madinah @Karangkraf bersama LZS yang berlangsung di Dataran Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
Program Iftar ala Madinah @Karangkraf bersama LZS yang berlangsung di Dataran Kumpulan Karangkraf pada Rabu. - Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A
A

SHAH ALAM - Penganjuran program Iftar ala Madinah @Karangkraf merupakan platform untuk berkongsi rezeki serta maklumat mengenai zakat kepada masyarakat sempena bulan Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak 1,000 pek kurma, juadah berbuka puasa serta kuih-muih untuk diagihkan kepada pengunjung yang datang.

"Alhamdulillah, hari ini kami berpeluang untuk mengadakan kerjasama dengan Karangkraf bagi menyantuni orang ramai dalam majlis berbuka puasa. Saya kira, ia memberi manfaat besar kepada semua pihak selain membuka peluang kepada usahawan asnaf dalam menjana pendapatan.

Nabil Ahmad menjadi tumpuan pengunjung.
Nabil Ahmad menjadi tumpuan pengunjung.

"Insya-ALLAH, kerjasama ini tidak akan berhenti di sini, kami akan sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti yang bermanfaat kepada orang ramai," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tambah Mohd Sabirin, penganjur boleh menambah bilangan lokasi untuk berbuka puasa pada masa akan datang.

"Saya tengok program ini memang sangat baik namun kalau dapat tambah jumlah lokasi lebih ramai lagi dapat manfaatnya. Penambahan 'booth' juga dapat memeriahkan lagi suasana

LZS memperuntukkan sebanyak 1,000 pek kurma, juadah berbuka puasa serta kuih-muih untuk diagihkan kepada pengunjung.
LZS memperuntukkan sebanyak 1,000 pek kurma, juadah berbuka puasa serta kuih-muih untuk diagihkan kepada pengunjung.



"Selain itu,dari segi promosi mungkin dapat ditingkatkan lagi bagi menarik minat golongan muda untuk datang berbuka puasa secara beramai-ramai," jelasnya.

Ditanya mengenai kesedaran masyarakat dalam kewajiban membayar zakat, beliau menjelaskan, kesedaran mengenai perkara itu semakin meningkat setiap tahun.

Antara aktiviti yang diadakan sempena Program Iftar ala Madinah @Karangkraf bersama LZS.
Antara aktiviti yang diadakan sempena Program Iftar ala Madinah @Karangkraf bersama LZS.

"Tidak dapat dinafikan, ia meningkat. Kami ada buat kajian dan mendapati berlakunya peningkatan pada jumlah bayaran dan bilangan pembayar zakat.

"Bagaimanapun, prestasi tersebut masih belum boleh dikatakan tinggi kerana di Selangor hanya 40 peratus mereka yang layak membayar zakat. Oleh itu, hari ini kami telah membuka kaunter zakat bagi mereka yang ingin melaksanakan salah satu daripada rukun Islam itu," ujarnya.