Senarai Exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf

Ab Rauf (dua dari kanan) menyantuni para peniaga pada program Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan MITC, pada Sabtu. - Foto Bernama
Ab Rauf (dua dari kanan) menyantuni para peniaga pada program Tinjauan Mesra di Bazar Ramadan MITC, pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri Melaka yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan barisan exco kerajaan negeri yang akan dibentuk, sebagai ‘cantik dan menarik’.

Beliau berkata, walaupun pembentukan kerajaan negeri itu tidak sama seperti di Perak dan Pahang selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, namun dengan barisan Exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

"Kita akan memberikan kesamarataan dalam pembentukan ini...Insya-Allah nanti saya beritahu (barisan Exco), tapi ia amat cantik dan menarik,” katanya kepada pemberita selepas meninjau bazar Ramadan di Klebang di sini pada Sabtu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu sebelum ini dilapor berkata, beliau membayangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PH akan menyertai kerajaan negeri, sekali gus memastikan barisan Exco yang akan dibentuk lebih inklusif dan mencerminkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.

Ditanya bila barisan Exco akan diumumkan, ADUN Tanjung Bidara itu berkata, ia akan diumumkan selepas mendapat persetujuan daripada Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Takpelah kita tunggulah...kalau lewat sikit pun masih ada masa kecederaan. 48 jam itu saya cakap saya dah bentuk (barisan Exco) tapi saya tak umum lagi (senarai),” katanya.

Mengulas mengenai tindakan bekas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang mahu UMNO mengambil tindakan terhadap kritikan terbukanya susulan pertukaran Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf berkata, ia bukan masa untuk bergaduh sesama sendiri.

"Zaman sekarang kita nak mengolah negeri Melaka ke arah lebih baik, bukan nak tunjuk kita bergaduh sesama kita. Kita tak boleh jadi hero dalam mana-mana isu.

"Sebenarnya yang kita nak bawa dalam apa juga pembentukan yang baharu ini, kita nak bawa rakyat ini lebih baik lagi, negeri ini lebih makmur,” katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

'Beri sokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Melaka baharu'

Sulaiman sakit, Rauf bakal KM Melaka

Exco Melaka dilantik ikut semangat Kerajaan Perpaduan

'Letak jawatan kerana desakan hati' - Sulaiman

Sulaiman menitiskan air mata

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan