Polis Johor tahan 334 individu, serbu 324 premis judi


Antara premis yang diserbu dalam OP Dadu berkenaan.
Antara premis yang diserbu dalam OP Dadu berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan seramai 334 individu dan menyerbu 324 premis diserbu dalam Op Dadu yang dijalankan mulai 1 Januari hingga Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua individu yang ditahan melibatkan 329 penjaga premis perjudian manakala lima lagi merupakan pemain (pelanggan) yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 60 tahun.

“Polis turut merampas 355 unit telefon bimbit pelbagai jenama, tablet (tujuh unit), laptop (empat unit) dan wang tunai berjumlah RM49,435 pada OP berkenaan.

“Selain itu, sebanyak 34 premis juga telah berdepan dengan tindakan pemotongan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menakala empat premis dipohon untuk pembatalan lesen manakala 13 premis telah mendapat kelulusan pembatalan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Secara keseluruhannya, kesemua premis ini mengaburi pihak polis dengan menjadikan kedai-kedai menjual telefon dan tambah nilai disebalik menjalakan kegiatan perjudian dalam talian,” katanya menerusi kenyataan media pada Ahad.

Antara serbuan yang dilakukan.
Antara serbuan yang dilakukan.

Beliau berkata, bagi 2022, sebanyak 1,003 serbuan telah dilancarkan dengan 1080 jumlah tangkapan dibuat melibatkan 1012 penjaga premis dan 68 pemain berusia dalam lingkungan 17 hingga 60 tahun.

"Dalam masa sama, polis turut merampas 1,145 unit telefon bimbit pelbagai jenama, tablet (17 unit), mesin PHK (44 unit) dan wang tunai berjumlah RM202,044," katanya.

Katanya, sebanyak 71 premis telah mendapat kelulusan dan diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak TNB daripada 133 permohonnan manakala sebanyak 37 premis dipohon untuk pembatalan lesen dan sebanyak enam premis mendapat kelulusan pembatalan lesen daripada pihak PBT.

“Kejayaan opeasi ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada risikan yang dijalankan oleh pihak Polis Johor dan sebahagiannya lagi adalah daripada aduan dan maklumat orang ramai.

“Justeru, sekiranya terdapat sebarang maklumat kegiatan perjudian atas talian, orang ramai oleh menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau bilik gerakan polis Johjor di talian 07-2212999 atau 07-2554677.