Malaysia sedia wujudkan rangkaian perniagaan dengan Bosnia, Herzegovina

Mohd Redzuan Yusof
Mohd Redzuan Yusof
A
A
A
MENTERI Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mengulangi kesediaan Malaysia untuk mewujudkan rangkaian perniagaan dan hubungan dengan Bosnia dan Herzegovina dalam lawatan kerja rasminya pada 19-21 April.

Dalam kenyataan, katanya hubungan itu dalam projek infrastruktur, tenaga boleh baharu (kuasa hidro) dan pelancongan pada masa akan datang, serta meningkatkan kerjasama dalam industri halal.

Dalam lawatan rasminya, beliau mengadakan tinjauan mesra dengan Presiden Dewan Perdagangan Asing Bosnia dan Herzegovina Nemanja Vasić ke Karnival Halal Usahawan Malaysia (MEHC) 2019 di Sarajevo untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang dipamerkan pada pameran tersebut.

Beliau turut menyampaikan ceramah keusahawanan bertajuk ‘Prospek mengenai Pasaran Halal dan Keusahawanan’ di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan University of Sarajevo dan dihadiri seramai 53 pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

Topik yang dibincangkan termasuklah keperluan untuk mewujudkan sistem pensijilan Halal yang disatukan, cadangan untuk membentuk sebuah institut bersama bagi meningkatkan inovasi dan program pertukaran pelajar, serta keperluan untuk memacu industri pelancongan bagi mewujudkan lebih banyak industri sampingan.
Artikel Berkaitan:


Mohd Redzuan turut menemui 34 peserta pameran Malaysia di MEHC 2019, dan beliau mencadangkan syarikat itu meningkatkan rangkaian perniagaan mereka dan mengeksport secara pukal untuk mengurangkan kos logistik.

Beliau mengumumkan MEHC 2019, yang berlangsung pada 18-20 April, mencapai jualan sebanyak RM1.1 juta, dengan potensi jualan berjumlah RM25 juta. - Bernama