Penemuan menarik mengenai alam pekerjaan

Perkeso dapati wujud pertumbuhan progresif alam pekerjaan melalui maklumat pasaran buruh

V. SIVAKUMAR
V. SIVAKUMAR
A
A
A

Pandangan baharu terhadap alam pekerjaan telah diperolehi menerusi maklumat pasaran buruh. Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia, menyediakan perlindungan sosial di bawah Akta 4, Akta 789, Akta 800, dan Akta 838.

Dengan pengumpulan data bulanan pencarum di bawah Akta 4, Perkeso mempunyai maklumat yang relevan berkenaan pekerja dan majikan di sektor swasta untuk mengukur trend dalam pasaran buruh.

Data dalaman Perkeso juga merangkumi lima sektor utama, iaitu pertanian, perlombongan & kuari, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan. Perkeso melihat wujudnya peluang untuk menggunakan data sendiri bagi tujuan unjuran, contohnya kadar pengangguran yang boleh membantu penggubal dasar dan orang awam memahami prospek pasaran buruh yang akan datang.

Kesan kejutan ekonomi terdahulu terhadap pekerjaan dalam pasaran buruh juga diukur dan dinamakan sebagai faktor risiko.

Penggunaan data pentadbiran Perkeso dalam mengukur kadar pengangguran

PERKESO membangunkan formula untuk mengira bilangan tenaga buruh yang menganggur daripada tiga sumber data.

Rumus Bilangan Penganggur: U=T-(E+R)+ε

Daripada pangkalan data Assist Perkeso, jumlah pekerja (E) terdiri daripada data majikan dan pekerja daripada lima sektor utama, pangkalan data Matrix PERKESO menyediakan data pekerja sendiri dan pekerja sektor awam dianggarkan berjumlah 1.6 juta orang.

Faktor Risiko (R) juga dirumuskan daripada pangkalan data Assist Perkeso berdasarkan jurang pekerjaan yang timbul semasa kejutan ekonomi. Sebagai rujukan kepada jumlah tenaga buruh (T), data daripada DOSM digunakan.

Oleh itu, jumlah penganggur (U) dapat dirumuskan daripada formula di atas. Untuk mengira Peratus Kadar Pengangguran, jumlah bilangan penganggur dibahagikan dengan jumlah tenaga buruh dan didarabkan dengan 100. Data bulanan sejak Januari 2016 digunakan untuk membuat ramalan.

No Image Caption

Daripada Rumus Bilangan Penganggur, ramalan jumlah orang yang bekerja boleh diperolehi. Daripada ramalan tersebut, prospek pekerjaan bagi lima sektor utama boleh dihuraikan seperti berikut:

- Sektor Pertanian meningkat di antara 5.8 peratus dan 6.8 peratus, Pembuatan di antara 4.9 peratus dan 5.9 peratus dan Perkhidmatan dijangka meningkat di antara 2.8 peratus dan 3.8 peratus.

- Sektor Pembinaan dan Perlombongan & Kuari dijangka meningkat di antara 0 peratus dan 1 peratus.

Kejutan Ekonomi meninggalkan kesan yang besar terhadap pekerjaan

Dari tahun 1997 hingga hari ini, kejutan ekonomi yang mencatatkan perubahan ketara terhadap Peratus Kadar Pengangguran (UR%) ialah Krisis Kewangan Asia, Kejatuhan Tech Bubble, Krisis Kewangan Global, Perubahan Iklim, Pandemik - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pandemik - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kejutan ekonomi boleh digunakan untuk mengukur, secara konservatif, potensi Risiko Pekerjaan (R) kepada Rumus Bilangan Penganggur. Sekiranya berlaku kejutan ekonomi pada 2023, Faktor Risiko berdasarkan peristiwa yang hampir sama boleh ditambah kepada kadar pengangguran yang telah diramalkan.

Mengambil Krisis Kewangan Global sebagai contoh, eksport Malaysia menyaksikan penurunan mendadak apabila pasaran kewangan global mengalami tekanan melampau yang berpunca dari Amerika Syarikat. Pekerjaan dalam tempoh tersebut merosot, terutamanya memberi kesan kepada sektor pembuatan dan pertanian serta sektor perkhidmatan.

No Image Caption

Memandangkan keputusan ramalan untuk 12 bulan akan datang tanpa mengambil kira sebarang kejutan ekonomi menunjukkan bahawa kadar pengangguran akan menurun daripada 3.5 peratus kepada 3.2 peratus pada 2023, anggaran impak sesuatu peristiwa menyerupai Krisis Kewangan Global akan menyebabkan anggaran kenaikan 0.9 peratus mata kepada Kadar Pengangguran peratus (%). Anggaran kesan untuk faktor risiko lain adalah seperti dalam jadual di bawah:

No Image Caption

Bagaimanapun, Malaysia diramalkan akan mengalami pemulihan pekerjaan yang berterusan

dalam pasaran buruh sepanjang 2023 tanpa sebarang risiko kejutan ekonomi yang ketara. Maka, anggaran impak kejutan ekonomi tidak digunapakai di dalam unjuran ini.

Memandangkan ini adalah usaha pertama Perkeso untuk membuat unjuran ramalan ke atas elemen pasaran buruh, kami menggunakan pendekatan yang agak konservatif dalam pengiraan, malah kami turut melibatkan pakar luar di dalam bidang pasaran buruh untuk menambah baik model ramalan. Perkeso merancang untuk menerbitkan laporan ini secara berkala pada masa hadapan.