Kanak-kanak kurang kasih sayang, perhatian akan layu

Beliau berkata demikain ketika m Wacana Sinar Siri 79 bertajuk ‘Jerangkap Sosial Kanak-Kanak: Di Mana Kita?’ di Auditorium Karangkraf.
A
A

SHAH ALAM - Kanak-kanak perlu diberikan perhatian, kasih sayang dan diuruskan dengan baik bagi mengelakkan mereka menjadi layu, kaku dan menjadi mangsa jerangkap sosial.

Pakar Psikologi kanak-kanak, Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata, secara fitrahnya sifat kebergantungan kanak-kanak sangat tinggi dan memerlukan ibu bapa serta orang dewasa untuk memberi panduan kepadanya.

Menurutnya, mereka perlu berada dalam sistem yang dikawal keluarga dan jika mereka terkeluar daripada sistem tersebut, mereka akan tergolong dalam golongan ‘berisiko’.

“Semasa kanak-kanak, mereka ‘highly dependent’ kemudian menginjak remaja. Pada waktu ini, mereka menghadapi pelbagai perkara sebelum menjadi dewasa.

“Ketika dewasa, mereka bertukar menjadi ‘highly independent’. Mereka pula yang berikan kasih sayang, perhatian. Begitu peralihan yang berlaku dari kanak-kanak sehingga dewasa.

“Apa pun, mereka perlu berada dalam sistem dikawal ibu bapa. Jika terkeluar dan jadi golongan ‘at risk’, tidak dijaga dengan betul maka mereka jadi mangsa, layu, kaku dan musnah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Siri 79 bertajuk ‘Jerangkap Sosial Kanak-Kanak: Di Mana Kita?’ di Auditorium Karangkraf, di sini, petang tadi.