Mangsa kedua motosikal terbakar meninggal dunia

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Seorang lagi mangsa yang terbakar dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Batu 17 Pantai Remis, Manjung pada pagi Khamis meninggal dunia.

Mohamad Tahir Selamat, 39, juga merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Hospital Seri Manjung sekitar jam 3.43 petang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi ketika dihubungi berkata, bedah siasat ke atas mangsa dilakukan pada Jumaat.

"Punca kematian mangsa adalah disebabkan kesan lecur hampir 90 peratus pada anggota badan," katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 7 pagi itu, dua penunggang motosikal parah dengan kesan lecur selepas kenderaan ditunggangi bertembung dan terbakar.

Seorang daripada mereka, Ramli Abdul Hamid, 60, yang menunggang motosikal jenis Yamaha meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal polis mendapati, semasa kejadian Ramli yang bekerja sebagai nelayan dalam perjalanan ke jeti dengan membawa bersama tong berisi 20 liter minyak petrol bagi kegunaan enjin bot.