KPDN tubuh pasukan khas tangani isu ketirisan subsidi diesel

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengarahkan Ketua Setiausaha (KSU) KPDN, Datuk Azman Adam mengetuai pasukan bertindak khas menangani ketirisan subsidi minyak diesel yang berlaku di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata, ketirisan bahan api itu telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan Belanjawan 2023, Jumaat lalu.

Malah ada sesi pembentangan berkenaan, Perdana Menteri turut memaklumkan wujud ketirisan dalam subsidi diesel dengan nilai hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel yang diseleweng pada 2022.

"Sejak sebulan lalu dengan bersama Pengarah Penguatkuasaan KPDN, Datuk Azman, telah meronda dan melihat sendiri logistik di semua lokasi penting khususnya di kawasan pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak.

"KPDN khuatir di situlah berlaku banyak ketirisan diesel. Selain itu di pangkalan-pangkalan nelayan yang dikhuatiri berlaku ketirisan diesel dalam kalangan mereka.

"Jadi, penguatkuasaan itu adalah sesuatu yang penting dan kita ada 2,100 anggota penguat kuasa yang akan menyambut cabaran bagi meminimumkan ketirisan diesel di seluruh negara," katanya pada Sabtu.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi pembentangan Belanjawan 2023 dilaporkan memaklumkan wujud ketirisan dalam subsidi diesel dengan anggaran hampir RM10 bilion nilai subsidi diesel diseleweng pada 2022.

Untuk rekod, banyak tangkapan dibuat menerusi beberapa operasi dilancarkan termasuk Ops Terjah yang dilancarkan Disember lalu.

Sementara itu Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata, kementeriannya akan meneliti semula data ketirisan diesel dengan lebih terperinci sebelum membuat keputusan lanjut.

"Data berkenaan (ketirisan diesel) kita perlu teliti dan periksa untuk dikemaskini terlebih dahulu, data-data yang kita perolehi.

"Ini kerana, sebarang langkah lanjut memerlukan kerjasama dengan pihak kementerian lain terutamanya daripada pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) yang juga memberi diesel kepada nelayan," katanya.