160 peket biji benih dari Bangladesh dirampas

Antara paket biji benih sayuran dan buah-buahan yang dirampas daripada dua lelaki warga Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Jumaat.
Antara paket biji benih sayuran dan buah-buahan yang dirampas daripada dua lelaki warga Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Jumaat.
A
A
A

SEPANG - Dua lelaki warga Bangladesh ditahan bersama 160 peket biji benih sayuran dan buah-buahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, kedua-dua individu itu ditahan menerusi pemeriksaan pihaknya bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Pemeriksaan yang dijalankan kira-kira jam 6 petang di laluan penumpang antarabangsa itu mendapati kesemua peket sayuran dan buah-buahan itu dibawa masuk dari Bangladesh tanpa mempunyai dokumen yang sah seperti Import Permit dan Sijil Fitosanitasi.

"Kesemua peket tersebut mengandungi biji benih sayuran dan buah buahan seperti bayam hijau, sawi, lobak putih, lobak merah, terung, labu, timun, peria, kangkung, terung dan tembikai susu bagi tujuan ditanam di negara ini," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, kesemua biji benih itu dianggarkan bernilai RM500.

Kesemua paket tersebut mengandungi antaranya pelbagai jenis biji benih sayuran dan buah buahan seperti bayam hijau, sawi, lobak putih, lobak merah, terung, labu, timun, peria, kangkung, terung dan tembikai susu bagi tujuan ditanam di negara ini

"Penahanan biji benih ini adalah bertujuan untuk mengawal kemasukan perosak, penyakit dan kulat pada biji benih yang boleh mendatangkan risiko kepada industri pertanian dalam negara jika tidak dikawal dengan sebaiknya.

"Ia boleh menyebabkan industri pertanian negara menanggung kerugian yang tinggi jika penyakit ini tidak dikawal," katanya.

Menurutnya, perbuatan membawa masuk biji benih tanpa permit yang sah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Maqis sentiasa bersedia dalam melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian yang masuk mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia," katanya.