Pura-pura jadi pelanggan sebelum samun premis serbaneka

Mohamad Fakhrudin menunjukkan pistol angin yang dirampas susulan tangkapan suspek lelaki di Kuala Lumpur pada 2 Februari lalu.
Mohamad Fakhrudin menunjukkan pistol angin yang dirampas susulan tangkapan suspek lelaki di Kuala Lumpur pada 2 Februari lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki nekad melakukan jenayah samun secara sendirian dengan bersenjatakan pistol angin sebelum diberkas di sebuah rumah di Kuala Lumpur, pada 2 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 10 pagi.

Mohamad Fakhrudin menunjukkan motosikal yang dirampas susulan tangkapan suspek lelaki di Kuala Lumpur pada 2 Februari lalu.
Mohamad Fakhrudin menunjukkan motosikal yang dirampas susulan tangkapan suspek lelaki di Kuala Lumpur pada 2 Februari lalu.

Menurutnya, serbuan itu membawa rampasan sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR selain beberapa keping kad pengenalan, lesen memandu dan kad ATM milik individu lain.

"Turut dirampas sepucuk pistol angin jenis revolver.

"Semakan mendapati suspek baru keluar dari penjara pada Januari lalu atas kesalahan jenayah samun. Suspek kemudian dipercayai aktif kembali sejak sebulan lalu dengan mensasarkan premis serbaneka," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Jumaat.

Beliau berkata, jenayah itu dilakukan suspek bersendirian di awal pagi dengan menyamar sebagai pelanggan dan bersenjatakan pistol angin bagi menakutkan pekerja premis.

Katanya, dipercayai pistol angin itu dibeli suspek secara dalam talian.

Antara rampasan susulan tangkapan suspek lelaki di Kuala Lumpur pada 2 Februari lalu.
Antara rampasan susulan tangkapan suspek lelaki di Kuala Lumpur pada 2 Februari lalu.

"Dengan tertangkapnya suspek yang memiliki rekod jenayah dan dadah itu, Polis Petaling Jaya berjaya menyelesaikan empat kes samun premis serbaneka di daerah ini. Hasil jenayah samun itu dipercayai digunakan suspek untuk membeli alat ganti motosikal," katanya.

Tambahnya, suspek direman tujuh hari sehingga 9 Februari dan akan disambung reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.