189 kes baharu Covid-19, tiada kematian

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 189 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu, dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, tiada kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan menjadikan jumlah kematian dalam negara kekal sebanyak 36,946 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 9,892 kes, dengan 9,530 atau 96.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 355 pesakit Covid-19 masih ditempatkan di hospital ketika ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak tujuh pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan empat pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pada Rabu ialah 279 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,991,705 kes.